top of page

Panduan penggunaan Media Sosial secara profesional

Media sosial telah mengubah cara berkomunikasi – sebagai ahli dalam sebuah institusi dan sebagai individu. Media sosial juga telah memberi peluang bagi Universiti dalam mencapai dan berhubung dengan pelajar, pensyarah, staf, ibubapa, alumni, rakan serta komuniti dalam dan luar negara.

Penggunaan meluas media sosial di sektor awam termasuklah di UTM, tidak disekat penggunaannya. Namun ia perlu dikawal dan ditetapkan had-had dan batas yang amat perlu difahami oleh setiap warga Universiti dalam penggunaan seharian.

Setiap jabatan di UTM adalah digalakkan untuk mempunyai laman rasmi media sosial sendiri bagi memastikan hebahan dan hubungan yang telus dengan warga universiti dan masyarakat. Walaubagaimanapun, bagi menjaga reputasi dan nama baik insititusi ini, setiap perkara yang dikongsikan perlulah sentiasa mengikuti garispanduan berikut .

  Tekan disini

​

​

Pembikinan Video Revolusi Industri ke 4.0 

​

​

​

​​

​

Get in Touch

GOOGLE DRIVE

Untuk subjek Teknologi Maklumat, pelajar di ajar tentang pengunaan Google Drive di dalam kerja seharian. Google Drive ialah adalah salah satu layanan yang ditawarkan oleh Google dan merupakan layanan untuk menyimpan dokumen atau file secara percuma atau berbayar tergantung pada jumlah kapasiti  memori penyimpanan itu sendiri.

​

Antara fungsi yang boleh kita gunakan dengan Google Drive ialah :-

​

 1Membuat dokumen baru , menyunting, mencari maklumat dan menyimpan segala dokumen ataupun file di dengan selamat

2. Mengatur jadual kerja dengan lebih teratur dengan menggunakan Aplikasi  Calender

​

3. Menyimpan senarai no telefon yang terdapat di dalam telefon bimbit menggunakan Aplikasi contact.

​

4. Aplikasi Maps pula memudahkan kita unutk mencari data-data berkaitan tempat atau negara yang kita kehendaki.

​

5. Aplikasi Search  membolehkan kita untuk mencari segala maklumat dengan hanya di hujung jari sahaja 

​

6. Aplikasi Translate - dapat memudahkan kita untuk terjemahkan ayat dalam pelbagai bahasa. 

​

7. Aplikasi Gmail - membantu untuk menghantar maklumat atau tugasan dengan lebih cepat dan sistematik.

​

Dan banyak lagi aplikasi di dalam google drive yang boleh kita gunakan dalam kehidapan seharian kita dan ternyata Aplikasi Google Drive adalah aplikasi yang sangat membantu di dalam era teknologi berprestis tinggi ini.


 

​

​

Get in Touch
shahrizal.JPG

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pm Dr Shahrizal Sunar

Prof. Madya Dr. Mohd Shahrizal Sunar

Jabatan Kejuruteraan Perisian

Fakulti Komputeran

shahrizal@utm.my

07-553 2321

TEKNOLOGI MAKLUMAT 

​

  • Maksud teknologi maklumat ialah sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, mencari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.

  • ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

  • Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.


  • Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu: 


a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.

b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Get in Touch
Teknologi Maklumat: Homepage_about
Teknologi Maklumat: Homepage_about
Teknologi Maklumat: Homepage_about

©2017 by SUHAIDAH SULEIMAN. Proudly created with Wix.com

  • facebook
  • twitter
  • linkedin
bottom of page