![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|
![]() |
REALITI MAYA
Realiti Maya adalah gabungan dua buat perkataan yang berbeza maksudnye. Realiti bermaksud persekitaran sebenar yang pengguna lalui manakala maya pula adalah sesuatu objektif yang menerangkan sesuatu yang tidak nyata atau ada. Realiti Maya adalah penghasilan satu simulasi persekitaran 3d (3 dimensi) yang dibuat oleh komputer dimana pengguna akan merasai pengalaman berada di situasi sebenar yang pengguna kehendaki walaupun sebenarnya pengguna itu tidak berada di situasi yang sebenar.. Dengan itu pengguna boleh berinteraksi dengan pengguna yang lain walaupun tidak berada di satu tempat yang sama. Walaupun penggunaan teknologi ini masih baru, tetapi ia dipercayai dapat membantu dalam sektor pendidikan, pembinaan serta minyak dan gas. Dalam bidang ketenteraan misalnya, teknologi ini digunakan untuk tujuan latihan. Latihan dapat dilakukan walaupun bukan berada di tempat yang sebenar. Ia juga telah digunakan dalam bidang penerbangan dimana latihan penerbangan yang di buat oleh pelajar-pelajar penerbangan dilakukan tanpa perlu masuk ke dalam kokpit kapal terbang yang sebenar.
Pengguna yang berada di reality maya akan dapat melihat dan berinteraksi dengan objek atau pengguna yang berada di dalam alam maya tersebut. Penggunaan teknologi ini hanya memerlukan computer dan alat- alat seperti headset, walker, sut dan sarung tangan.
Sejarah Teknologi Realiti Maya
Realiti Maya bermula dari sebuah prototype yang diperkenalkan oleh Morton Heilig pada tahun 1962 yang dinamakan Sensorama. Sensorama dibuat untuk memberikan pengguna pengalaman menonton sesebuah filem agar nampak real yang melibatkan pelbagai deria rasa iaitu melalui deria mata, deria pendengaran dan sentuhan. Kemudian teknologi Realiti maya ini berkembang dari hari ke hari dan semakn canggih. Kemudian teknologi ini berkembang dari tahun ke tahun seperti berikut :-
1972: General Electric mengembangkan simulator komputer pertama untuk penerbangan.
1979: Angkatan tentera di Amerika Syarikat mula menggunakan headset simulasi
1980: Peta interaktif virtual pertama telah dibuat
1981: Thomas Furnes mula memperkenalkan aplikasi “Virtual Cockpit” untuk kegunaan pelajar-pelajar sistem penerbangan tanpa perlu untuk menggunakan kokpit kapoat terbang yang sebenar.
1985: Perkembangan teknologi ini semakin berkembang dengan terciptanya viewfinder stereo,
virtual reality semakin berkembang pada tahun 1987 dengan penemuan visual programming lab (VPL) oleh Jaron Lanier dan kemudian beliau mencipta lebih banyak range virtual reality termasuk Dataglove, EyePhone, serta menjual Virtual Reality gogles serta gloves.
1990: Surge Sense8 telah dicipta oleh Pat Gelband
1991: W. Industries membangunkan Virtuality Realiti dengan menggunakan headset dan kacamata untuk melihat imej 3 dimensi Virtual Realiti kemudian ditemui dalam banyak karya-karya fiksyen dan ilmiah seperti di dalam filem Startrek dan lainnya.
1995: Nintendo mencipta “Virtual Boy”
2003: Pembuatan dunia 3D paling terkenal “Second life”
2004: Google membeli Earth-view
2012: Oculus Rift, satu aplikasi virtual reality untuk game dan penggunaan profesional telah dibuat.
2014: Munculnya headset virtual reality Sony Project Morpheus
2016 hingga kini : semakin ramai orang akan menggunakan headsets Virtual Reality(VR)
Penggunaan aplikasi Realiti maya dalam kerja seharian sebagai Penolong Pegawai Sains
Penggunaan aplikasi Virtual Realiti ini dilihat akan dapat membantu dalam kerja seharian sebagai Penolong Pegawai Sains dengan mempraktikan nya di dalam kelas- kelas amali. Contohnya kaedah Smart Classroom. Kaedah ini membolehkan kelas amali dijalankan walaupun tanpa kehadiran pensyarah yang terbabit. Jika pensyarah mempunyai urusan di tempat lain ataupun mempunyai hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan misalnya, kelas pembelajaran masih boleh di lakukan dengan penggunaan aplikasi ini. Pelajar dan pensyarah akan boleh saling berinteraksi di alam maya dengan dipantau oleh Penolong Pegawai Sains yang berada di dalam makmal. Aplikasi ini juga boleh dilakukan di dalam makmal latihan penerbangan. Pelajar akan belajar bagaimana cara-cara untuk mengendalikan kapal terbang sebenar dengan adanya simulasi penerbangan. Pelajar akan merasai seolah-olah sedang membawa kapal terbang yang sebenar tanpa perlu pergi ke kokpit kapalterbang yang sebenar. Bidang pembelajaran bahagian minyak dan gas juga sudah mula menggunakan teknologi realiti maya ini di mana situasi sebenar berada di tengah laut dapat dilihat melalui teknologi VR ini.