top of page

MagicXUTM

Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGIC-X) ialah salah satu usahasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Iskandar Regional Development Authority (IRDA) untuk mewujudkan sebuah pusat yang memberi tumpuan kepada industri kreatif termasuk animasi dan permainan.

​

Pada 28 April 2017, saya bersama-sama 20 o​rang peserta Program Bridging telah mengadakan lawan ke MagicXUTM yang bertempat di Blok TO3, Universiti Teknologi Malaysia.

​

Kedatangan pihak kami telah di sambut oleh kakitangan MagicX iaitu En Ab Al-hakam bin Ab Rahman. Seterusnya En Ab Al-Hakam membawa kami seramai 21 orang ke dalam dewan untuk sesi taklimat dan penerangan tentang MagicX.

​

MagicX ialah sebuah organisasi yang diketuai oleh Pengarahnya iaitu  Prof. Madya Dr. Mohd. Shahrizal Sunar, yang juga merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Perisian, Fakulti Komputeran, UTM di mana ia adalah untuk mewujudkan peluang bagi orang-orang dalam industri kreatif, generasi akan datang dan industri lain yang berkaitan untuk dapat mewujudkan pelbagai idea, kreativiti dan inovasi yang boleh dikomersialkan.

​

Antara penyelidikan yang dibuat oleh  MagicXUTM ialah  :- 

​

1) Penyelidikan tentang teknologi augementasi reality (AR) dimana  teknikalnya AR merupakan teknologi yang menggabungkan unsur-unsur dunia sebenar yang dilihat daripada kamera dengan unsur-unsur tambahan dalam bentuk multimedia iaitu teks, video, animasi dan model 3D. Menerusi teknologi itu, pengguna akan dapat melihat objek maya dalam dunia nyata.

Teknologi tersebut sangat membantu rutin kehidupan seharian terutamanya dalam pendidikan, sains dan pemasaran dengan menokok maklumat tambahan terhadap sesuatu yang ada dalam dunia nyata.


2. Menggunakan Aplikasi AR dalam mempelajari Sejarah Melayu dengan lebih menarik.

Dengan adanya aplikasi interaktif berasakan AR, pengunjung dibekalkan dengan tablet dan hanya perlu mengimbas poster yang terdapat pada dinding-dinding memorial dan video peristiwa yang berkaitan dengan poster tersebut akan dipaparkan pada tablet.

Menariknya di sini, selain membaca teks yang terdapat pada poster, pengunjung juga dapat melihat video yang memaparkan informasi yang lebih mendalam bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka.

Selain mengimbas poster, pengunjung juga boleh mengimbas kerusi dan meja yang ada bagi mendapatkan video peristiwa bersejarah dan memori yang berlaku di kerusi dan meja tersebut

Sebelum ini, pengunjung hanya akan melihat bahan pameran melalui poster, teks dan gambar yang statik sahaja manakala galeri interaktif ialah galeri yang mengaplikasi

teknologi terkini, membolehkan pengunjung mendapat maklumat melalui interaksi mereka dengan poster dan gambar yang terdapat di galeri tersebut.

​

MagicX juga telah banyak  meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan untuk semua hasil penyelidikan mereka  . Antaranya

* Anugerah Reka Cipta Antarabangsa,

* Anugerah Khas King Sejong

dan beberapa lagi  anugerah khas dan pingat emas di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE), Pameran Teknologi

Antarabangsa (ITEX) dan Pameran Teknologi dan Seni Industri (INATEX).

​

MaGICX berharap akan terus menghasilkan inovasi dalam teknologi interaktif menggunakan Augmentasi Realiti yang dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan modal insan negara.Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menerapkan kaedah baharu dalam pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat.

​

Selain daripada aktiviti pembangunan dan penyelidikan, MaGICX juga menawarkan kursus profesional.

Kursus tersebut dikendalikan sendiri oleh tenaga pakar di MaGICX dan juga pakar dari industri dalam dan luar negara.

​

​

​

Get in Touch
MagicXUTM: Homepage_about

©2017 by SUHAIDAH SULEIMAN. Proudly created with Wix.com

  • facebook
  • twitter
  • linkedin
bottom of page