



Augmentasi Realiti
Pengenalan
Augmentasi Realiti ialah suatu situasi di mana ianya akan mengeluarkan imej yang bergerak-gerak atau imej tiga dimensi (3D) jika pengguna mengimbas kad bergambar dengan menggunakan telefon pintar. Ia adalah gabungan persekitaran realiti dengan objek maya seperti video, imej 3d dan sebagainya yang mana hanya akan kita dapat jika pengguna mengimbas menggunakan telefon. Contohnye pengguna dapat merasakan sesuatu imej atau objek yang tidak bergerak akan keluar dan bergerak setelah imej atau objek di imbas. Teknologi Augmentasi Realiti (AR) ini sedang meningkat popular sejak kebelakangan ini dan menjadi trend di kalangan industri perfileman, pendidikan, pemasaran dan sebagainya. Teknologi ini juga dapat membantu pengguna dalam mendapatkan maklumat tambahan dengan mudah dan menarik. Seterusnya dapat membantu pengguna membuat kerja dalam situasi sebenar.
​
Jika kita lihat sekarang sudah banyak produk yang ada dipasaran dimana ia melibatkan pendidikan awal kanak-kanak. Teknologi ini dapat membantu kanak-kanak belajar dengan lebih mudah dan seronok. Ia juga dapat membantu mengeratkan sesebuah institusi kekeluargaan kerana ibu dan bapa bersama-sama dengan anak- anak belajar dengan menggunakan teknologi Augementasi Realiti. Teknologi AR ini boleh digunakan walau dimana sahaja kerana cuma memerlukan telefon pintar dan kad pengimbas bergambar sahaja.
Dengan meluasnya produk-produk yang menggunakan teknologi Augmentasi Realiti ini di pasaran, pengguna akan dapat meningkatkan persepsi pengguna dari dunia sebenar di mana ia dapat memberikan maklumat dengan lebih terperinci kerana pengguna akan dapat menyentuh dan berinteraksi dengan imej-imej yang keluar secara tiga dimensi dan digital. Teknologi ini sangat membantu dalam bidang pendidikan, hiburan, ketenteraan, permainan dan lain-lain.
​
Sejarah Teknologi Augmentasi Realiti (AG)
Teknologi Augmentasi Realiti bermula pada tahun 1957-1962 oleh Morton Heilig iaitu seorang sinematographi yang mencipta sebuah alat yang dinamakan Sensorama yang disertai dengan visual, getaran dan bau. Tahun 1966 pula, Ivan Sutherland Berjaya mencipta Head –Mounted. Teknologi menggunakan Videoplace membolehkan pengguna berinteraksi dengan objek virtual untuk pertama kalinya yang dicipta oleh Myron Krueger pada tahun 1975. Seterusnya perkembangan teknologi ini semakin berkembang dengan LB Rosenberg memperkenalkan teknologi Augementasi Realiti dan mengunakannya di dalan sektor penerbangan yang digunakan oleh Angkatan Tentera Amerika Syarikat pada tahun 1992. Pada tahun 1992 juga, Steven Feiner, Blair Maclntyre dan Doree Seligmann pula memperkenalkan Major Paper untuk perkembangan Prototype Ar. Pada tahun 1999 pula, teknologi Augementasi Realiti ini semakin canggih dengan perkembangan Augented Reality Toolkit yang di cipta oleh warganegara Jepun bernama Hirokazu Kato seterusnya pada tahun 2000, Bruce H Thomas memperkenalkan Augemented Realiti Quake dan seterusnya Wikitude Augemented Realiti Travel Guide pada tahun 2008. Tahun 2009 pula FLARToolkit (Flash Augmented Reality )Toolkit diperkenalkan oleh Saqoosha iaitu sambungan daripada aplikasi Augemented Reality Toolkit.
Cadangan penggunaan teknologi Augementasi Realiti ke dalam kerja seharian sebagai Penolong Pegawai Sains
Tugas seorang Penolong Pegawai Sains banyak berkaitan dengan aktiviti pembelajaran di sesebuah universiti atau tempat penyelidikan. Aplikasi Augementasi Realiti ini sebenar banyak membantu tugas-tugas seorang Penolong Pegawai Sains jika ia di gunakan di dalam bidang pendidikan. Ia boleh digunakan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar tentang alat radas, bahan kimia dan sebagainya. Jika pelajar ingin mengetahui tentang sesebuah bahan kimia dengan secara terperinci, pelajar hanya cuma mengimbas sahaja telefon pintar yang telah di pasang perisian aplikasi AR, mengimbas kad yang telah disediakn dan seterusnya pelajar akan mendapat maklumat yang diperlukan dengan cepat dan serta merta. Antara maklumat-maklumat yang boleh diperolehi adalah seperti MSDS, kegunaannya, kesan penggunaan dan sebagainya. Ini sekaligus dapat menjimatkan kertas dan masa untuk pelajar mencari maklumat yang bertujuan dengan kerja penyelidikan mereka. Antara contoh lain, aplikasi Augementasi Realiti ini banyak boleh dilakukan dalam makmal seperti maklumat tentang alat radas bagi pelajar yang baru hendak memulakan penyelidikan kerana mereka belum biasa dengan alatan dan alat radas di dalam makmal.
​
​